Saturday, September 17, 2011

prosedur hiv test

wah lame sungguh tak update blog ni.. busy since masuk kerja kat tempat baru ni... tak menyempat aje nk on9. nk bukak blog korang pon kene tunggu balik kerja malam baru boleh n9... nak cite sikit pengalaman buat test hiv aritu.. walaupun dah banyak b2b yang update blog pasal hiv test ni tapi i nak cite jugak.. AAK.. heheh...

3 days b4 hari buat test tu i bersame2 encik tunang walk-in ke KK dato keramat untuk buat appointment.
note: boleh buat hiv terus kalau slot masih free. tapi ini hanya utk KK dato keramat ye. KK lain i tak tau.

kami memang saja bercadang nak walk-in appoitnment sebab dah alang2 lalu kat situ so trus je la terjah.  pada hari appointment tu, kami terus datang. hiv test hanya dilakukan untuk 10 orang ye setiap hari dan akan bermula pada pukul 2 petang.

1) datang isi borang yang akan diberikan oleh nurse.
2) lepas isi borang itu, bagi borang tersebut kepada nurse itu kembali dan dia akan beri nombor giliran beserta kertas2 berkaitan info hiv kepada anda.
3) baca info hiv itu sebab akan ditanya oleh nurse nanti sementara menunggu giliran
4)nurse panggil mengikut nombor giliran yang telah diberikan.
5)masuk bilik rawatan. (macam kami, perempuan akan dicucuk di dalam bilik manakala lelaki dicucuk hanya di meja depan sahaja.bukan kaunter bayaran tu ye.)
6)jerit-jerit manja sikit semasa dicucuk. hehe.. nurse akan tanya mende2 berkaitan virus hiv semasa jarum halus itu menyucuk jari kita.
7)dah siap.keluar bilik sambil buat muka sakit gile sebab nak bagi orang lain pun turut cuak sekali..
8)tunggu keputusan ujian.
9)nurse akan panggil dan bagi 2 helai kertas. 1 untuk salinan kita dan 1 lagi untuk salinan pejabat agama.
10)DONE..tak lame pun prosesnya.boleh balik dengan riang sebab dah buat hiv test.


note: ujian hiv hanya valid dalam tempoh masa 6 bulan ye.

masa step ke6 tu i tak kene tanya soalan pun. orang lain semua kene. sebab nurse tu tengah bersembang dengan nurse lain.tau2 je dah siap cucuk.. tapi encik tunang kene soal. nurse tu tanya penah share jarum dengan orang lain tak. lepas tu encik tunang cakap "pernah". nurse tu terkejut dan pandang kat encik tunang.. encik tunang sengih2 je kat nurse tu..die cakap balik kat nurse tu "mane penah la.. saje je nak tukar jawapan sikit sebab mesti kalau nurse tanya soalan tu mesti semua orang jawab tak pernah so saya nak jawab pernah la plak..bagi lain sikit"...

6 comments:

  1. oo cmni ye prosedurny..hee thanks 4 sharing.btw i suke step u no 7 itu...hehehe

    ReplyDelete
  2. nora xsuka wat hiv test. kena ketip. hahaha

    ReplyDelete
  3. yeay..da setel.. =) valid 6 bulan eh maria? ikut negeri gak..perak valid 3 bulan je..

    ReplyDelete
  4. yayyyy, da settle HIV test. besh x? haha, lps ni isi borang nikah plak ye

    ReplyDelete
  5. kitakesitu: hehe kene la bg org lain cuak gak.. :) sharing is caring kan.. :)

    nora:aah btl2.. macam kene ketip kulit kan..

    nida:oh yeke? alamak.. salah info la ni ek.. so better cek kat negeri masing2 kan..

    yaty: haha bezzzz sgt. :P blur2 psl step isi borang nikah nih

    ReplyDelete