Wednesday, November 30, 2011

promotion pelamin

hi korang!!!

dah ade pelamin? bajet rendah(macam saya) ? shayana creation sedang buat promosi..



pelamin dewan @ bawah khemah bagi yang budget rendah 

sebijikkkkkk macam dalam gambar RM1,200.00.

(tertaluk kepada terma & syarat)




for more info boleh rujuk Shayana creation fb

p/s : kak nori ni sangat baik dan senang nak deal... (^_^)

Tuesday, November 29, 2011

pengalaman buat kad kahwin

assalamualaikum semua..

pesanan: entry kali ini agak emo dan agak panjang tanpa gambar....

betul kata orang, proses buat kad kahwin adalah satu mimpi ngeri untuk bakal pengantin. sebelum buat kad kahwin dah banyak kali pesan kat encik tunang, nanti turn kite buat kad kahwin saya suruh dia yang setelkan since dah banyak kali sangat dengar kes2 mimpi ngeri b2b lain.

so pada 30 okt kami terus je pergi ke kedai kad kahwin di pertama complex. kenapa kami pilih situ? sebab kami dah book awal2 masa pameran pengantin. jadi pada 30hb tu saya dah siap2 bawak soft copy peta lokasi majlis kami untuk menyenangkan pihak mereka. bila tanya bile draf tu boleh siap die cakap dalam masa 2 minggu. so kami pun balik dengan hati yang lege sebab kami rasa dah setel 1 part.

2 minggu berlalu. saya kol nombor yang tertera atas resit. orang tu cakap tak tau pasal management ni. suruh kol nombor lain. saya kol nombor yang diberi. jawapan masih tak tau pasal draf tu. 4,5 kali jugak saya kol. ditolak kesane sini hanya untuk mengetahui status draf dah siap ke belum. susah sangat ke nak cek? ape la sistem yang diorg pakai sampai nak cek status kad tu pun susah sangat.. last sekali dapat cakap dengan seorang perempuan. die mintak no resit. bile bagitau nombor resit die tanya kawan2 di belakangnya. saya dapat dengar kawan2nya cakap kad tu tak siap lagi.bila saya dengar tak siap lagi trus saya pass fon kat encik tunang sebab saya dah penat asik ditolak kesane sini dari tadi. encik tunang tnye bile boleh siap. dia mintak masa lagi 5 hari untuk siapka. fine..kami terima..

5 hari seperti yang dijanjikan... kami tak dapat ke kedai sebab ade urusan lain jadi kami delay ke minggu seterusnya.. jadi maknanya masa 5 hari tu jadi 13 hari. ahad kelmarin baru kami dapat ke kedai. datang2 je trus cek draf tu. mule2 cek nama dah betul cume ade beberapa penambahan yang parents nak. lpas tu bile tengok je kat peta.. ayah tanya saya.. "ni masjid mane plak ni".. saya dah pelik dah sebab rasa saya tak de masjid dalam pete saya.. bile saya tengok je pete tu.. guess what?? pete tu beralamat di kelantan.. dan pete encik tunang alamat trengganu... yeahhh saye dah nak meletop dah mase tu.. dah la lambat siap.. ditolak ke sane sini.. masa yang diberi tu tak ckup lg ke nk buat? saya dah siap bagi soft copy pete just edit je.. saya dah malas nk amik pot. saya pass draf tu kat encik tunang biar die setel. lepas dah baiki pete tu baru sedar banyak gile salah.. kad yang kitorang pilih lain.. dalam draf tu kad lain.. nampak sangat wat keje cincai2 je.. sekadar nak meet due date yang dijanjikan tapi keje macam harem.. bayangkan kami terpaksa tunggu kat kedai tu dari 12 tgh hari sampai 4 petang... memang hangin laa..

sekarang draf dah setel sebab kami insist diorang siapkan jugak haritu. sekarang tinggal masa nak print je. harap2 takde masalah lagi dah.. kepada b2b semua, jangan la wat kad last2 mnit... sebab kite tak tau ape masalah yang akan jadi walau kite dah cube sehabis baik untuk elak kan..


Monday, November 21, 2011

tips buat kad kahwin

assalamualaikum semua..

20/11/2011..tarikh yang sangat cantik kan dan rasanya ramai juga yang memilih tarikh ini untuk hari bahagia mereka.. tahniah diucapkan untuk semua yang telah selamat bernikah... :) happy for u guys..

nak cerite sikit.. semalam pergi wedding sedara kat kepong.. die buat majlis kat taman which is memang jauh dari rumah dia.. sebelum pergi tu konon2nya saya dan kakak nak tunjuk skill baca peta atas kad la..
sekali sesat.. ayah dan encik tunang yang tengah drive bising2 cakap kami tak pandai bace peta. masa tu jam dah pukul 2.30.. perut pun dah lapar.. sesat pulak tu.. last sekali encik tunang keluarkan gps.. guna gps je la.. dah kate gune teknologi kan.. haruslah jumpa tempatnya... bile dah siap2 makan trus balik.. masa nak salam tuan rumah tu, die sempat gurau dengan ayah tanya berapa kali tawaf... rupenye ramai tetamu yang sesat..

so kesimpulannya(eh dah mcm buat karangan upsr plak) semasa nak buat kad tu pastikan peta adalah betul supaya tetamu tidak salah.

beberapa tips semasa buat kad:

1- pastikan peta betul, jelas dan tepat.. untuk lebih senang letakkan sekali gps kod pada kad itu seperti di blog puan kina ni.

2 - untuk tips2 lain boleh refer blog cik uya yang ayu ni.. suke tengok muke die.. cute je...


Tuesday, November 1, 2011

idea doorgift untuk tetamu

uish lame betul tak update blog ni.. sejak keje kat tempat baru ni takde mase dah nk update blog..

ni pun curi2 je masa nk update...

minggu lepas my mom pegi kenduri... dan dapat doorgift.. for me idea die agak unik la.. tak penah jumpe lg sebelum ni tapi tak tau la kalau korang dah penah jumpe kan...



cube tengok ni.. coklat with wrapper ade tulisan nama pengantin.. yang ini rasa dah biasa nampak.. memang dah ramai vendor yang ade sediakan perkhidamatan ni kan..

yang kedua muffin.. yang ini pun dah biasa jumpe  kan..

yang ketiga.. nampak tak colgate plax tu? ye dia bagi colgate plax utk semua tetamu.. dengan harapan semua tetamu die akan cantik gigi... hehehe...

saya tak tau di mana die beli colgate plax banyak2 n comel2 tu.. but just sharing the idea.. mane tau ade yang nak carik idea yang lain dari yang lain kan..

hanppy hunting guys.. :)